Dengan mengetahui tiap not pada tali ini akan membantu pemain gitar untuk menala mengikut pic yang diperlukan, selain mendisiplinkan diri melakukan talaan sebelum bermain gitar, proses ini juga membantu pemain untuk mengetahui setiap pic serta membantu dalam mengenali pic dengan betul.
Terdapat dua keadah untuk menala tali gitar:
1) Secara aural (pendengaran)
Untuk kaedah secara aural, perlu memastikan tali 6, iaitu pic E diperolehi dahulu, kemudian untuk menala tali nombor 5, perlu menekan pic A, pada fret 5, tali nombor 6. Pastikan bunyi pic pada tali yang ditekan dan tali nombor 5 yang terbuka itu menghasilkan pic A. Seterusnya untuk menala tali 4, perlu menekan pada tali 5, fret 5, iaitu pic D. Diikuti dengan tali 3, fret 5 yang menghasilkan pic G. Dan seterusnya untuk menala tali 2, perlu menekan fret 4 tali 3, iaitu pic B, Akhir sekali, untuk menala tali 1, perlu menekan fret 5, tali 2, iaitu pic E.
2) Dengan menggunakan tuner.
Kaedah kedua ini merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk menala gitar dengan lebih efisyen. Tuner merupakan satu alat yang banyak digunakan untuk menala pic instrumen mengikut pic yang diinginkan. Talaan yang biasa digunakan berfrekuensi 440hz. Di pasaran terdapat pelbagai jenis tuner elektronik, dari yang murah sehinggalah yang mahal, Ada juga tuner gitar yang dilengkapi dengan metronom. Belilah mengikut keperluan dan kemampuan anda.
Tuner jenis berklip. |
Tuner dan metronom.
|
Lebih jelas dengan adanya gambar rajah
ReplyDelete