Thursday, December 10, 2015

Penulisan Tinjauan Literatur

Tajuk Artikel: Teaching Creatively and Teaching for Creativity
Penulis: David J. Brinkman
Tahun: 2010
D.O.I: 10.1080/10632910903455785
Nama: Chamil Arkhasa Nikko Bin Mazlan
No. Matrik: M20142001439

Nukilan dari artikel ini mengenai ulasan secara ringkas idea tentang kreativiti dan metod pedagogi dalam pendidikan muzik secara kreatif serta mendidik pelajar untuk menjadi seorang yang kreatif. Menurut David J. Brinkman, fokus utama beliau adalah persediaan cikgu muzik berkaitan mengajar secara kreatif dan mengajar untuk kreativiti. Dalam realisasikan matlamat melahirkan cikgu yang baik dan berketerampilan untuk masa depan.
Namun apakah kriteria cikgu yang baik dan berketerampilan? Semua ketahui bahawa cikgu yang berketerampilan dan baik mestilah mengasimilisasikan bakat dalam muzik dan bakat dalam pengajar. Kriteria yang menyatukan kedua elemen ini adalah konsep kreativiti. Seorang cikgu yang kreatif dapat memberikan motivasi, menjadi inspirasi dan membentuk pelajar yang dapat menghadapi pelbagai tahap dalam penglibatan sebagai pemuzik seperti persembahan, pendengar, pengkritik, penggubah, konduktor, pengarah, improviser dan penerbit. Kreativiti merupakan satu konsep yang samar-samar, memerlukan kajian dan pertimbangan bagaimana kreativiti ini dapat berfungsi dalam dimensi pendidikan muzik. David J. Brinkman menyatakan bahawa mudah itu kita memikirkan apa yang telah kita ketahui mengenai kreativiti, seperti proses kreativiti dan pencipta.

 Beberapa ideologi mengenai kreativiti yang dibahaskan:

1)  Perbezaan kreativiti antara Big C dan little c.
Pencipta dari Big C adalah pengubah lagu yang dijadikan model dalam pembelajaran muzik. Dimana pemuzik cuba menjadi kreatif dengan membandingkan dengan pengubah seperti Bach, Mozart, Beethovan dan sebagainya. Berlainan dengan little c atau dikenali sebagai kreativiti yang biasa, setiap individu boleh menjadi kreatif dengan cara yang berbeza seperti menggunakan rempah ratus yang baru dalam resipi yang lama, gubahan bunga, menggunakan analogi yang baru untuk mengajar frasa legato, interpretasi baru kepada lagu yang biasa didengari atau melodi yang mempunyai pergerakan kord atau jeda yang baru.

2) Personaliti juga berkaitan dengan kreativiti individual, seperti kesanggupan dalam menghadapi risiko, bertoleransi, bermotivasi, deria lucu serta kegigihan.

3) Kreativiti memerlukan masa untuk diimplikasikan.

4) Strukturkan pendidikan atau kerja dengan memasukkan peluang, motivasi dan ganjaran kepada aktiviti kreatif. Dari David J. Brinkman, menyatakan bahawa Amabile menyatakan kreativiti di tempat kerja sebagai fungsi untuk tiga komponen: kepakaran, kemahiran berfikir secara kreatif dan motivasi. Kreativiti berlaku bila kepakaran, kemahiran berfikir secara kreatif dan motivasi saling bertindih.

5) Untuk mendorong seseorang menjadi lebih kreatif dengan hasil dari pemikiran yang kreatif boleh menjadi sesuatu yang mustahil bila kita mendorong mereka untuk menjadi seperti Einstein atau Beethoven. Namun kita boleh mendidik mereka dengan menggunakan pendekatan kreativiti dalam pemikiran pada tempat kerja atau dalam proses pembelajaran.

Dengan memberikan pendedahan model teknik untuk menghasilkan idea, untuk menjadi peka pada personaliti dalam mendorong ekspresi kreatif dan keberanian menghadapi risiko. Selain itu menstrukturkan pembelajaran dan situasi kreatif agar pelajar dapat memahami nilai dalam mencernakan sesebuah idea.
Antara aktiviti yang disertai oleh mahasiswa yang mendorong kreativiti seperti:

i)                    Kelas teori komposisi dan latihan
ii)                  Kugiran jazz dan koir jazz dengan mengaplikasikan improvisasi
iii)                Kelas improvisasi
iv)                Kelas komposisi

Setiap aktiviti yang dinyatakan di atas ini merupakan permulaan yang baik, namun begitu, tidak semua pelajar dapat dorongan kreativiti ini. Selalunya cikgu hanya fokus pada penggubah dan performer jazz, setelah beberapa pengalaman, cikgu akan meninggalkan pelajar untuk berdikari. Kita boleh membentuk model kreativiti dari persembahan, gubahan, pengarahan dan penulisan, namun tidak bermaksud akan mempengaruhi pelajar untuk menjadi kreatif. Dalam pendidikan muzik, perlu dititik beratkan peluang kepada pelajar untuk merasai kegembiraan dari aktiviti kreatif dalam muzik. Seperti pendekatan Orff yang digunakan di sekolah rendah, ini membantu menghubungkan muzikaliti kreativiti mereka dalam belajar.
Contoh dengan menggunakan sajak yang biasa dibaca dan menambah dengan pergerakan badan (body percussion), instrumental dalam mencipta komposisi muzikal. Matlamatnya adalah untuk pelajar menerokai proses kreatif. Selalunya yang banyak diketengahkan adalah isu untuk menjadi persaingan kugiran yang baik, dari segi persembahan, koir yang mahupun konduktor orkestra, disebabkan dengan dogma yang tertanam ini menyebabkan kreativiti terabai.

Kebanyakkan guru besar mahupun ketua ensemble hanya mengfokuskan untuk mengajar pelajar menjadi satu acuan yang sama. Matlamat ini bagus dalam menghasilkan nilai artistik dan persembahan yang baik, namun untuk pendekatan kreativiti, memerlukan kita berfikir bahawa setiap pelajar berlainan antara satu sama lain, bukanlah “one size fit for all”. Kreativiti merupakan satu keperibadian yang mesti dibentuk kepada pelapis cikgu, tujuannya untuk membangun orientasi dan teknik untuk menggunakan cara yang baru, bukan hanya cara yang digunakan secara turun temurun. Bagaimana kita menerangkan not krochet bertitik dan 8th not dengan cara yang baru? Bagaimanakah kita dapat membuat kejutan pada penonton yang menghadiri konsert yang kita anjurkan? Apakah kaedah yang efektif untuk dalam teknik gesekan bow pada alat muzik cello?
Selain menarik minat cikgu untuk mendalami subjek yang diajar dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran sememangnya memerlukan pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang kreatif. Matlamat yang sama digunakan namun dengan kaedah yang lebih segar, dan tinggalkan ruang untuk matlamat yang tidak dirancang dan situasi yang tidak dijangkakan. Menggunakan analogi dalam menjelaskan sesuatu, seperti staccato – ibarat seperti bunyi popcorn yang sedang meletup atau berjalan dengan berkaki ayam pada lantai yang panas membara. Memberikan analogi yang mungkin mereka fahami, bila pelajar mengetahui apa yang diajar sebelum seorang cikgu menghuraikan, ia adalah masa untuk berfikir secara kreatif. Untuk proses ini berlaku, sebuah struktur perlu wujud agar cikgu dapat menggunakan kepakaran yang ada, menyediakan ganjaran sebagai satu motivasi kepada pelajar, serta memikiran kaedah untuk mencerna kreativiti. David J. Brinkman menyatakan bahawa contoh model Amabile boleh digunakan dalam pengajaran dan juga dalam perniagaan:

1) Kepakaran
Dalam pendidikan muzik, terdapat beberapa set kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang cikgu yang berketerampilan seperti kemahiran muzikaliti, pedogogikal, perancangan, penilaian, pengurusan bilik darjah atau kelas dan pentadbiran.

2) Motivasi
Amabile menyatakan bahawa cara perniagaan atau institusi pengajian boleh mematikan daya kreativiti. Sebagai contoh, tidak memberikan penekanan dengan cetusan idea yang baru bagi situasi pekerjaan mahupun pembelajaran. Sokongan untuk daya kreativiti dari pihak pentadbiran mahupun rakan sekerja amatlah membantu, namun motivasi ini seolah tidak intrinsik samada dari diri sendiri mahupun persekitaran.

3) Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Dalam proses memupuk personaliti dan proses kreativiti, kita boleh mempelajari bagaimana untuk menjadi lebih kreatif. Gagasan dari individual yang kreatif mampu mendorong seseorang untuk membentuk kemahiran tersebut. Kita sewajarnya memberikan peluang untuk diri sendiri untuk melahirkan buah fikiran, sama-sama mengupas idea, walaupun mungkin gagasan yang tercetus tidak masuk akal mahupun tidak berguna, namun melatih diri menjadi seorang yang mempunyai pemikiran mencapah dapat membantu menjadikan kita seorang yang kreatif.

Ramai pendidik yang hanya menekankan isu seperti cara didikan yang baik dan hanya dilihat dari kejayaan dalam muzikal, namun untuk mengajar seseorang menjadi lebih kreatif merupakan satu langkah yang sering diabaikan. Selain mendidik agar memperolehi kejayaan yang dilihat dalam pencapai muzik, pelajar juga boleh di didik agar menjadi lebih kreatif. Ini sepatutnya menjadi matlamat kepada polisi pendidikan dan juga dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Bayangkan ensemble di sekolah menengah yang mempunyai tiga puluh orang murid yang bermain alat muzik, dimana instrumentasi tidak seimbang disebabkan kekurangan pemain trumpet dan terlalu ramai yang bermain alat perkusi. Dalam situasi ini, cikgu atau ketua ensemble boleh mencari solusi kepada permasalahan yang berlaku:

a) Menulis semula bahagian trumpet kepada alat muzik lain agar dapat selaraskan bahagian trumpet.
b) Mengubah dan menyusun semula repertoire baru yang dapat disesuaikan dengan keadaan yang dihadapi.
c) Menukar permain perkusi kepada alat muzik trumpet.
d) Mengubah ensemble kepada penggunaan alat muzik perkusi atau lagu yang tidak menggunakan instrument trumpet seperti menukar kepada tema Caribbean yang mana majoriti memainkan alat muzik seperti steel drums, gitar dan junk percussions.
e) Mencari pekerjaan baru.
Senarai di atas menunjukan beberapa solusi yang dihadapi oleh cikgu dalam konteks pendidikan. Kesannya, beliau mengajar secara kreatif, mempunyai motivasi dengan meningkatkan keperluan muzikal dan pencapaian pelajar, akhir sekali, kepakaran dalam pendidikan muzik dan berpengetahuan dalam proses kreativiti beliau. Walaupun contoh digunakan di sekolah menengah, namun konseptual itu boleh diaplikasikan juga dalam peringkat pendidikan tertiari.
Langkah seterusnya adalah pertimbangan bagaimana situasi itu boleh digunakan untuk mengajar kreativiti pelajar. Untuk mendorong kreativiti pelajar, cikgu sepatutnya melibatkan pelajar dalam menyelesaikan masalah.

1) Mengariskan permasalahan tersebut kepada pelajar. Kemungkinan proses ini akan memakan sedikit masa. Adakah pelajar ketahui bahawa kumpulan mereka tidak seimbang? Dari segi bunyi, melodi, harmoni, literature, harapan sekolah (guru, ibubapa)?

2) Mengemukakan pencerahan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dengan beberapa cetusan idea bagi permasalahan yang berlaku.

3) Bantu mereka dengan solusi yang dinyatakan. Jika idea mereka adalah dengan menggubah cara baru, maka mereka perlukan kemahiran yang melibatkan notasi. Dan ini membantu pelajar untuk cetusan idea yang baru tanpa disedari.

4)Menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara yang pelajar suarakan. Pelajar perlu membentuk kepakaran, motivasi, dan kemahiran pemikiran kreatif. Tugas seorang cikgu adalah untuk memantau pelajar dalam proses ini. 

Dari David J. Brinkman (2010), Sternberg (1988) mengatakan bahawa seorang yang kreatif mempunyai tiga gabungan: intelek, stail intelektual dan personaliti. Seorang yang kreatif mampu mengenali dan memahami masalah dan mengemukakan dengan stimulasikan kepada tindakan. Mereka mempunyai sifat ingin tahu, toleransi, sanggup untuk menghadapi onak dan liku, penuh dengan motivasi, berkeupayaan dan berkemampuan. Hubungkait antara kreativiti dan pengajaran adalah bersifat semulajadi, dan tidak boleh mengelak untuk memberi panduan dalam melengkapkan pendidik sedia ada dan bakal pendidik dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan mengajar dengan kreativiti. Para pendidik baru perlu menghadapi isu dalam kurikulum, penjadulan, polisi, bakat dan seni, imaginasi dan beberapa isu dari evolusi peredaran zaman. David J. Brinkman juga mencadangkan beberapa polisi dalam menambahbaik kreativiti dalam pendidikan muzik:

1) Memberi sokongan dan dorongan kepada cikgu untuk mengajar secara kreatif dan mengajar kreativiti kepada pelajar. Didik cikgu dan berikan ganjaran sebagai motivasi bagi mereka yang mengajar secara kreatif dan memelihari kreativiti. Dari teori David J. Brinkman, dengan memberikan ganjaran, pelajar akan lebih rasa dihargai sekaligus meningkatkan motivasi dirinya untuk menjadi lebih kreatif.

2) Kecantikan dalam seni mempunyai kepelbagaian jawapan. Mengubah tanggapan kita bahawa segala ujian yang diseragamkan dapat menjawap semua persoalan dalam pendidikan.

3)Meneroka aspek kreativiti dalam pendidikan, agar semua jenis peringkat pendidikan muzik dapat melahirkan seorang cikgu yang kreatif untuk masa akan datang. Pelajar memerlukan kepakaran dalam muzik dan pengajaran, motivasi dalam membangun kurikulum yang baru dan lebih menyeronokkan, metod dan pendekatan serta pemahaman yang holistic mengenai proses kreativiti dari sebahagian amalan biasa yang diamalkan.

No comments:

Post a Comment