Pengenalan
Seringkali,
kita dapat lihat banyak pemain gitar yang dapat memainkan dan mempersembahkan
lagu dengan begitu mempersonakan sekali. Demi menjadi seorang ahli gitaris yang
cemerlang, teknik-teknik bermain gitar adalah penting untuk kita menguasai,
antaranya ialah teknik menala (tuning) dan teknik penjarian.
Menala
(tuning) gitar
Talaan
gitar merupakan proses untuk menentukan frekuensi standard yang selaras dengan
alat muzik seperti gitar. Alat muzik mudah lari daripada bunyi asal disebabkan
oleh perubahan suhu dan suasana tempat. Tanpa gitar yang ditala dengan
sempurna, gitar akan menghasilkan bunyi yang kurang tepat. Namun, proses talaan
gitar amat penting dan mesti dilakukan sebelum bermain sesebuah lagu.
Teknik
menala gitar
Terdapat beberapa cara untuk melakukan penalaan
gitar. Tuner ada dalam pelbagai bentuk, elektronik dan bukan elektronik seperti
piano, pitch pipe, tuning fork atau guitar.
a)Electronic Guitar Tuner.
- Cara yang paling mudah untuk talaan
gitar adalah menggunakan Electronic Guitar Tuner. Cara alat ini berfungsi
adalah mengesan frekuensi (nada) pada tali gitar. Alat ini akan memberi
isyarat jika frekuensi tali gitar tidak sama dengan frekuensi Electronic Guitar
Tuner. Apa yang perlu lakukan adalah melaras tali gitar sehingga mendapat
frekuensi yang betul.
b) Kaedah
fret
c) Menggunakan piano
d) Tuning fork
-
Digunakan sebagai alat panduan untuk tuning gitar, hanya diguna oleh sebilangan
Pemain gitar akustik dan klasik. Ia dijual dalam
beberapa frekuensi, kebiasaannya
440Hz (Tuning=A), dijadikan panduan bunyi untuk tune
semua tali gitar – Pemain
gitar yang sudah biasa boleh tune gitar dengan hanya
berpandukan pada satu bunyi
asas.
e) Pitch
– pipe
-Direka
khas untuk penalaan gitar. Ia mempunyai 6 not yang setiap satunya khas
untuk penalaan keenam – enam tali
.
Teknik Penjarian
Untuk
memainkan teknik fingerstyle, kita biasanya menggunakan jari-jari kita untuk
menekan serta memetik tali gitar. Bagi jari pada tangan kanan, jari yang
bertugas untuk memetik tali gitar untuk memainkan melodi dan ritma adalah:
- Ibu jari (p) berfungsi memainkan bes.
- Jari telunjuk (i)
- Jari tengah (m)
- Jari manis (a)
Bagi
jari pada tangan kiri pula, biasanya ia memainkan fungsi untuk menekan kod yang
dijadikan suara melodi, ritma serta bass. Tangan kiri dalam permainan gitar
biasanya digunakan untuk menekan senar pada fretboard gitar. Penjarian adalah
istilah yang digunakan untuk mewakili latihan dan posisi penjarian tangan kiri.
Secara terperincinya, teknik penjarian dapat ditunjukkan pada gambarajah di
bawah:
Pada
penjarian tangan kiri posisi penjarian ditunjukkan dengan angka-angka yang
mewakili jari-jari tangan kiri, di mana:
1. Jari Telunjuk
2. Jari Tengah
3. Jari Manis
4. Jari Kelingking
Latihan
posisi penjarian adalah perlu agar tercipta koordinasi yang baik antara jari. Sebagai
contoh, jari telunjuk ditekan pada posisi fret 1, jari tengah ditekan pada fret
2 dan begitu juga dengan fret 3 dan fret 4. Oleh yang demikian, teknik ini
dapat memudahkan dalam mencapai pemahaman posisi penjarian untuk orang yang
baru belajar bermain gitar.
Posisi
Penjarian pada tangan kanan dan tangan kiri ditunjukkan pada gambarajah di
bawah:
(Bagi
anda yang ingin memahami dengan lebih lanjut, teknik pengajaran video yang telah
disediakan.)
Contoh
latihan jari tangan kanan ialah:
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
Latihan 4
Selamat
Mencuba
Kepentingan Melatih
Teknik Penjarian dalam Memainkan Gitar
Dalam
permainan gitar, posisi jari tangan kiri atau pemilihan jari tangan kiri yang
menekan senar/tali gitar sangat berpengaruh dalam menghasilkan ketepatan,
kekuatan and kecepatan sesebuah melodi. Kekuatan, kecepatan, daya regang
jari-jari dan ketepatan jari dalam menekan senar adalah merupakan perkara yang
wajib dimiliki oleh setiap pemain gitar.
Kesimpulan
Ketepatan,
kecepatan dan ketegasan penjarian seseorang pemain gitar dalam bermain gitar,
baik tangan kanan mahupun tangan kiri, adalah penting dalam melakukan latihan
penjarian dan picking dengan betul, teratur dan berdisiplin. Penjarian dan
picking adalah potensi raga atau modal awal seseorang itu untuk menjadi seorang
gitaris yang cemerlang. Seorang gitaris boleh diibaratkan sebagai seseorang
atlet karate, di mana seseorang atlet karate itu dapat menang sesuatu
pertandingan, perlulah bergantung pada kemahiran fizikalnya, sama ada kuat dan
tahan. Oleh yang demikian, seseorang atlet karate itu haruslah melaukan latihan
fizikal yang secukupnya, sama seperti seseorang gitaris yang harus sentiasa melatih
teknik penjariannya.
Contoh
Skema Permarkahan
Kandungan
|
Tahap
Penguasaan
|
||||
Sangat Lemah
(5)
|
Lemah
(4)
|
Sederhana
(3)
|
Baik
(2)
|
Sangat Baik
(1)
|
|
Penjarian
Tangan Kiri
|
Menekan
setar/tali dengan jari pada fret yang tidak betul dengan lambat.
|
Menekan
setar/tali dengan jari pada fret yang
betul dengan lambat.
|
Menekan
setar/tali dengan jari pada fret yang betul dengan sederhana.
|
Menekan
setar/tali dengan jari pada fret yang betul dengan pantas.
|
Menekan
setar/tali dengan jari pada fret yang betul dengan pantas dan fasih.
|
Penjarian
Tangan Kanan
|
Memainkan
melodi dengan teknik penjarian p,i,m,a yang tidak betul.
|
Memainkan
melodi dengan satu teknik penjarian, sama ada p,i,m atau a dengan betul.
|
Memainkan
melodi dengan dua teknik penjarian, sama ada p,i,m atau a dengan betul.
|
Memainkan
melodi dengan tiga teknik penjarian, sama ada p,i,m atau a dengan betul.
|
Memainkan
melodi dengan kesemua teknik penjarian p,i,m,a yang betul dan konsisten.
|
Tuning
|
Menala
sekurang-kurang dua tali gitar dengan betul.
|
Menala
tiga tali gitar dengan betul.
|
Menala
empat tali gitar dengan betul.
|
Menala
lima tali gitar dengan betul.
|
Menala
semua tali gitar dengan tepat dan bunyi yang betul.
|
Gred
|
Klasifikasi
|
Jumlah
Markah
|
A
|
Sangat
Baik
|
3
ke bawah
|
B
|
Baik
|
4
– 6
|
C
|
Sederhana
|
7-9
|
D
|
Memuaskan
|
10
- 12
|
E
|
Tidak
Memuaskan
|
13
- 15
|
No comments:
Post a Comment