Sejenis alat muzik yang paling mudah untuk dibawa ke mana saja, ibarat perpatah melayu "tidak kenal maka tidak cinta". Alat Muzik gitar dikelaskan sebagai alat muzik chordophone dari klasifikasi alat muzik oleh Hornbostel-Sachs. Selain daripada gitar, instrumen lain yang tergolong dalam golongan chordophone ini antaranya violin, harp, double bass, banjo, ukelele, sitar, cello. Alat-alat yang tergolong dalam chordophone ini dimainkan samada secara strumming, plucking, geseran dari bow.
Bahagian organologi utama gitar ialah badan, papan fret, pemulas tonasi atau pengetat tali. Badan gitar biasanya dibuat daripada kayu dan tali gitar diperbuat daripada bahan seperti keluli atau nilon. Gitar menghasilkan bunyi melalui getaran apabila tali dipetik dan melalui gema pada badan gitar dan dikeluarkan melalui kotak bunyi atau lubang bunyi yang terletak dibahagian tengah badan gitar.
Nama-nama bahagian gitar
|
Bagi gitar elektrik pula, ada sedikit perbezaan dimana bunyi yang terhasil perlu dikeluarkan melalui amplifier. Ini kerana kebanyakan gitar elektrik tidak mempunyanyi kotak bunyi seperti pada gitar akustik. Oleh itu "pickup" yang mempunyai magnet digunakan bagi menangkap bunyi atau getaran yang terhasil apabila ianya dimainkan. Setiap gitar eletrik juga mempunya karektor yang berbeza termasuklah, jeniskayu, cat, string, fret wire, nut, saddle, bridge, pickups dan lain-lain.
ReplyDelete