Monday, December 28, 2015

Tambahan Pengenalan Asas Tuning/Talaan dan Asas Penjarian Tangan Kanan & Kiri

PENGENALAN ASAS TUNING/TALAAN DAN ASAS PENJARIAN TANGAN KANAN & KIRI

1.       TUNING / TALAAN
Ramai pemain gitar amatur terlalu ambil mudah perkara berkaitan talaan ini. Sekiranya talaan tidak dibuat dengan betul sebelum memulakan permainan, ia akan menghasilkan bunyi atau pitch yang tidak tepat. Secara tidak lansung ia akan memberi kesan jangka panjang kepada ear training kerana telah dibiasakan dengan bunyi atau pitch yang salah dan lama kelamaan ianya akan akan menjadi satu tabiat. Selain itu talaan yang betul amat penting bagi memastikan gitar tidak rosak kerana ketegangan(tension) tali yang berlebihan akan memberi tekanan kepada bahagian neck gitar berkenaan.

Terdapat dua kaedah untuk membuat talaan iaitu menggunakan deria pendengaran dan kedua ialah menggunakan electric tuner. Bagi talaan yang menggunakan deria telinga, ia memerlukan kemahiran aural skill atau ear training yang amat tinggi untuk mengenal pasti gelombang bunyi terhasil adalah tepat. Manakala talaan yang menggunakan electric tuner adalah lebih baik kerana pitch yang dihasilakan adalah lebih tepat. Kaedah ini akan menjimatkan masa disamping dapat menjaga keselamatan gitar daripada tekanan yang berlebihan di bahagian neck gitar berkenaan. Terdapat dua jenis electric tuner yang diguna pakai iaitu clip tuner dan jack in tuner. Clip tuner boleh digunakan dengan hanya meletakkannya di bahagian head gitar berkenaan . Clip tuner tersebut berfungsi dengan cara menyerap getaran yang terhasil dari body dan neck gitar tersebut. Manakala jack in tuner pula, penggunaan cable atau wire jack gitar diperlukan untuk menghubungkan tuner dengan gitar berkenaan . Ianya berfungsi melalui cerapan gelombang bunyi oleh pickup gitar berkenaan. Kaedah ini adalah lebih tepat berbanding menggunaan clip tuner.

2.       PENJARIAN TANGAN KANAN
Terdapat tiga(3) kaedah penjarian yang biasa diguna pakai iaitu menggunakan pick atau plectrum, kedua ialah fingger picking dan terakhir ialah hybrid picking.
2.1   Teknik picking
·         Teknik ini memerlukan penggunaan pick. Terdapat pelbagai jenis dan saiz pick di pasaran. Kesemuanya mempunyai peranan yang berbeza mengikut saiz dan material yang digunakan. Ia juga bergantung kepada genre muzik dan jenis gitar yang hendak dimainkan. Kebiasaannya teknik permainan menggunakan pick ini dibahagikan kepada tiga(3) cara petikan iaitu down stroke dengan cara memetik ke arah bawah sahaja. Kedua ialah up stroke iaitu dengan cara memetik ke atas sahaja dan yang ter akhir ialah alternate picking iaitu memetik keatas dan kebawah secara bergilir-gilir.

2.2   Fingger picking
·         Teknik ini hanya menggunakan jari sahaja. Setiap jari diberikan nama yang berbeza bagi memudahkan proses pengajaran dan penulisan notasi. Kaedah ini biasa digunapakai oleh genre muzik classical. Ibu jari diberi nama (P), jari telunjuk (i), jari hantu (m) dan jari manis (a). Manakala jari kelingking tidak diberi nama kerana di dalam muzik classical, hanya empat jari berkenaan sahaja yang digunakan. Kebiasaannya, jari kelingking akan digunakan bagi muzik flamenco sahaja.

2.3   Hybrid picking
·         Teknik in pula menggabungkan penggunaan pick dan jari yang dimainkan secara serentak. Kebiasaaanya, notasi yang rendah pada tali nombor empat, lima dan enam akan dimain menggunakan pick manakala tali satu , dua dan tiga akan dimain menggunakan jari hantu(m) dan jari manis (a).


3.       PENJARIAN TANGAN KIRI

Bagi penjarian tangan kiri pula, ia hanya dinamakan dengan nombor sahaja iaitu jari telunjuk dilabelkan sebagai jari nombor satu, jari hantu sebagai jari nombor dua, jari manis pula jari nombor tiga dan terakhir ialah jari kelingking sebagai jari nombor empat.

Sunday, December 20, 2015

Kategori

Pengenalan

Seringkali, kita dapat lihat banyak pemain gitar yang dapat memainkan dan mempersembahkan lagu dengan begitu mempersonakan sekali. Demi menjadi seorang ahli gitaris yang cemerlang, teknik-teknik bermain gitar adalah penting untuk kita menguasai, antaranya ialah teknik menala (tuning) dan teknik penjarian.

Menala (tuning)  gitar

Talaan gitar merupakan proses untuk menentukan frekuensi standard yang selaras dengan alat muzik seperti gitar. Alat muzik mudah lari daripada bunyi asal disebabkan oleh perubahan suhu dan suasana tempat. Tanpa gitar yang ditala dengan sempurna, gitar akan menghasilkan bunyi yang kurang tepat. Namun, proses talaan gitar amat penting dan mesti dilakukan sebelum bermain sesebuah lagu. 

Teknik menala gitar
Terdapat beberapa cara untuk melakukan penalaan gitar. Tuner ada dalam pelbagai bentuk, elektronik dan bukan elektronik seperti piano, pitch pipe, tuning fork atau guitar. 

a)Electronic Guitar Tuner.
-       Cara yang paling mudah untuk talaan gitar adalah menggunakan Electronic Guitar Tuner. Cara alat ini berfungsi adalah mengesan frekuensi (nada) pada tali gitar.  Alat ini akan memberi isyarat jika frekuensi tali gitar tidak sama dengan frekuensi Electronic Guitar Tuner. Apa yang perlu lakukan adalah melaras tali gitar sehingga mendapat frekuensi yang betul.

                                                       
       
         

b) Kaedah fret


Rounded Rectangle: Tala tali keenam sehingga ianya ‘unison’ dengan not E rendah pada piano.
Tekankan jari pada fret ke-5 di tali ke-6. Ini akan menghasilkan pic A untuk tali ke-5.
Tekankan jari pada fret ke-5 di tali ke-5. Ini akan menghasilkan pic D untuk tali ke-4.
Tekankan jari pada fret ke-5 di tali ke-4. Ini akan menghasilkan pic G untuk tali ke-3.
Tekankan jari pada fret ke-4 di tali ke-3. Ini akan menghasilkan pic B untuk tali ke-2.
Tekankan jari pada fret ke-5 di tali ke-2. Ini akan menghasilkan pic E untuk tali ke-1.
 




Image result for using fret in guitar tuning


c) Menggunakan piano
Image result for using piano to tune guitar

d) Tuning fork

            - Digunakan sebagai alat panduan untuk tuning gitar, hanya diguna oleh sebilangan
Pemain gitar akustik dan klasik. Ia dijual dalam beberapa frekuensi, kebiasaannya     
440Hz (Tuning=A), dijadikan panduan bunyi untuk tune semua tali gitar – Pemain    
gitar yang sudah biasa boleh tune gitar dengan hanya berpandukan pada satu bunyi
asas.



e) Pitch – pipe
-Direka khas untuk penalaan gitar. Ia mempunyai 6 not yang setiap satunya khas
 untuk penalaan keenam – enam tali

                                                 

Teknik Penjarian

Untuk memainkan teknik fingerstyle, kita biasanya menggunakan jari-jari kita untuk menekan serta memetik tali gitar. Bagi jari pada tangan kanan, jari yang bertugas untuk memetik tali gitar untuk memainkan melodi dan ritma adalah:

-          Ibu jari (p) berfungsi memainkan bes.
-          Jari telunjuk (i)
-          Jari tengah (m)
-          Jari manis (a)

Bagi jari pada tangan kiri pula, biasanya ia memainkan fungsi untuk menekan kod yang dijadikan suara melodi, ritma serta bass. Tangan kiri dalam permainan gitar biasanya digunakan untuk menekan senar pada fretboard gitar. Penjarian adalah istilah yang digunakan untuk mewakili latihan dan posisi penjarian tangan kiri. Secara terperincinya, teknik penjarian dapat ditunjukkan pada gambarajah di bawah:

Pada penjarian tangan kiri posisi penjarian ditunjukkan dengan angka-angka yang mewakili jari-jari tangan kiri, di mana:

1. Jari Telunjuk
2. Jari Tengah
3. Jari Manis
4. Jari Kelingking

Latihan posisi penjarian adalah perlu agar tercipta koordinasi yang baik antara jari. Sebagai contoh, jari telunjuk ditekan pada posisi fret 1, jari tengah ditekan pada fret 2 dan begitu juga dengan fret 3 dan fret 4. Oleh yang demikian, teknik ini dapat memudahkan dalam mencapai pemahaman posisi penjarian untuk orang yang baru belajar bermain gitar. 

Posisi Penjarian pada tangan kanan dan tangan kiri ditunjukkan pada gambarajah di bawah:

                                          


(Bagi anda yang ingin memahami dengan lebih lanjut, teknik pengajaran video yang telah disediakan.)

Contoh latihan jari tangan kanan ialah:
Latihan 1

Latihan 2


Latihan 3

Latihan 4

Selamat Mencuba

Kepentingan Melatih Teknik Penjarian dalam Memainkan Gitar
Dalam permainan gitar, posisi jari tangan kiri atau pemilihan jari tangan kiri yang menekan senar/tali gitar sangat berpengaruh dalam menghasilkan ketepatan, kekuatan and kecepatan sesebuah melodi. Kekuatan, kecepatan, daya regang jari-jari dan ketepatan jari dalam menekan senar adalah merupakan perkara yang wajib dimiliki oleh setiap pemain gitar.

Kesimpulan
Ketepatan, kecepatan dan ketegasan penjarian seseorang pemain gitar dalam bermain gitar, baik tangan kanan mahupun tangan kiri, adalah penting dalam melakukan latihan penjarian dan picking dengan betul, teratur dan berdisiplin. Penjarian dan picking adalah potensi raga atau modal awal seseorang itu untuk menjadi seorang gitaris yang cemerlang. Seorang gitaris boleh diibaratkan sebagai seseorang atlet karate, di mana seseorang atlet karate itu dapat menang sesuatu pertandingan, perlulah bergantung pada kemahiran fizikalnya, sama ada kuat dan tahan. Oleh yang demikian, seseorang atlet karate itu haruslah melaukan latihan fizikal yang secukupnya, sama seperti seseorang gitaris yang harus sentiasa melatih teknik penjariannya.



Contoh Skema Permarkahan

Kandungan
Tahap Penguasaan
Sangat Lemah
(5)
Lemah
(4)
Sederhana
(3)
Baik
(2)
Sangat Baik
(1)
Penjarian Tangan Kiri
Menekan setar/tali dengan jari pada fret yang tidak betul dengan lambat.
Menekan setar/tali dengan jari pada fret yang  betul dengan lambat.
Menekan setar/tali dengan jari pada fret yang betul dengan sederhana.
Menekan setar/tali dengan jari pada fret yang betul dengan pantas.
Menekan setar/tali dengan jari pada fret yang betul dengan pantas dan fasih.
Penjarian Tangan Kanan
Memainkan melodi dengan teknik penjarian p,i,m,a yang tidak betul.
Memainkan melodi dengan satu teknik penjarian, sama ada p,i,m atau a dengan betul.
Memainkan melodi dengan dua teknik penjarian, sama ada p,i,m atau a dengan betul.
Memainkan melodi dengan tiga teknik penjarian, sama ada p,i,m atau a dengan betul.
Memainkan melodi dengan kesemua teknik penjarian p,i,m,a yang betul dan konsisten.
Tuning
Menala sekurang-kurang dua tali gitar dengan betul.
Menala tiga tali gitar dengan betul.
Menala empat tali gitar dengan betul.
Menala lima tali gitar dengan betul.
Menala semua tali gitar dengan tepat dan bunyi yang betul.

Gred
Klasifikasi
Jumlah Markah
A
Sangat Baik
3 ke bawah
B
Baik
4 – 6
C
Sederhana
7-9
D
Memuaskan
10 - 12
E
Tidak Memuaskan
13 - 15